Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin!~

Firstly, ku hulur tangan memohon maaf kepada kedua ibu bapa, guru n lecturer, sahabat handai, abg n adik2 aku, mereka yang aku ada kutuk walaupn dia x kenal aku ( contohnya kak patah!~), semua rakan2, yang aku kenal, yang aku x kenal, yang kenal or x kenal aku, yang cam2 aku or yang aku cam, seterusnya seluruh warga bumi aku mengucapkan maaf zahir dan batin ke atas segala dosa2 ku yang aku sedar atau tidak, yang nampak atau tidak.. Ampunilah segala kesalahanku semua!

OK Tahun ni raya biasa2 aja.. mcm biasa.. Raya kat johor tahun ni.. Baju raya? Merah la tahun ni! hahah... Kebetulan birthday aku jatuh pada raya kedua! Thanks semua kepada yang wish.. N thanks kepada seluruh family aku, smua ada malam sambut birthday aku tu! Memang Best!.. So smua gamba kat bawah. Sekali lagi SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI ADY F.S.  SEKELUARGA!

Monday, August 31, 2009

Sempena Merdeka : Berubahlah Wahai Melayu ( post no.31 sempena 31 Ogos)

 Aku x faham dengan orang kita ni.. Bila kita nak maju kalau kita terus berfikiran macam ni. Dan sebab kita berfikiran mcm ni jgk la kita sesama Melayu pun berpecah!

Ok cuba kita renungkan, kebanyakkan Melayu bila tengok orang lain lebih skit, pakai BMW ke, rumah besar ke, kitaakan kata dia tu berlagak. Kita dengki, dengki yang negatif. Patut kita bangga Melayu sekarang semakin membangun. Kalau kita berkawan dengan cina, bekerja dengan cina, kita boleh nampak kenapa diorang boleh kaya..

Sebabnya.. Bila diorang tgk orang lain kaya, diorang akan cari akal, cari jalan untuk mengkayakan diri diorang lebih dari orang lain. Diorang x penah kata orang kaya nak menunjuk, tapi diorang amik sebagai motivasi untuk diorang. Kita tak sedar, kita rasa orang cina yang kaya-kaya ni berlagak n menunjuk2 padahal diorang memotivasikan bangsa diorang supaya sama-sama kaya.. Tapi kita ni orang Melayu, kita tengok kita kata dia berlagak, menunjuk.. Kenapa kita tak turut amik benda tu sebagai motivasi diri kita untuk menjadi kaya? 

sorry la k if i cakap ni.. this is my opinion la..
kita ni melayu x maju sebab bila kita tgk kejayaan org lain kita dah salah erti.. kita dengki dgn cara yang salah.
kita dengki dengan kata dia menunjuk.. thats d wrong way we malay are thinking.
Cina dengan dorang mnunjuk harta dorang, dorang actualy meramaikan lagi orang cina yang kaya.

X salah kalau kita belajar dari bawah untuk jadi kaya. Kebanyakan orang melayu ni memang bermotivasi tinggi, semangat nak berjaya tu memang tinggi, tapi nak kaya cepat.. Nak jadi Ali Baba.. Kejap je kaya..

Xde benda macam tu dalam dunia sekarang. Kita memang kena usaha.. Luck still ada tapi brapa peratus je dalam dunia moden sekarang ni.

Renung2kan lah.. Dan selamat Beramal.

||| ADY |||

Friday, August 14, 2009

Tuesday, August 11, 2009

Malam Prospek UiTM Perlis 2009!














GEGAR!!
Cerita in th next post!

Saturday, August 1, 2009

Diploma In Investment Analysis 2006-2009

Dah part 6 sekarang..


tinggal brapa bulan ajer lg aku akan abis diploma ini..
Semua kenangan manis, pahit, masam, masin, busuk, wangi akan ku ingat selamanya..
Semoga berjaya semua rakan sperjuangan aku..
Jangan lupakan aku bila dah berjaya kelak...




Sesungguhnya ini post aku yg terpoyo.. hahaha

By

xx ADY F.S xx

Tuesday, July 28, 2009

Kanak-Kanak..Warisan Kita, Masa Depan Kita...

19/7/09

Hari ni aku ke Hari anugerah cemerlang Sekolah Rendah Batu Pekaka.
Ok tetamu VIP selain aku(ahhahahha) ada Pengarah Pelajaran Daerah Baling / Sik dan pegawai dia la..
Sekali time dia berucap tu.. buat aku terfikir balik.. betul jugak yang dia kata..
antara apa yang dia kata :

"Kita jaga kanak-kanak atau anak-anak dengan membantu mereka membina dan membentuk masa depan mereka supaya berada di landasan yang betul dan menjadi orang yang betul dan berjaya demi masa depan mereka dan juga masa depan kita."

- Ikut logik.. betul kan? kalau anak-anak sekarang belajar jadi penagih.. masa depan time kita tua diorang jadi penagih.. sapa nak jadi Perdana Menteri? Last2 british datang balik.. kan2??

" Anak-anak diawal usia ada 3 Ibu dan 1 Ayah dalam diri mereka.. Maksudnya.. dia akan lebihkan ibu dalam berkongsi apa jua benda.. Tapi kalau ibu tu xda masa untuk anak, anak akan gantikan tempat ibu atau ayah tu dengan orang lain.

So camana masa depan kita nanti kalau kita x bentuk masa depan anak-anak kita??

Renung2kan dan selamat beramah!.. hahaha
Sapa nak join tubuhkan yayasan Kanak-kanak, program untuk kanak2.. bleh contact.. =)




Mereka adalah warisan dan masa depan kita.




By

XXXADY F.SXXX

17/7/09 Langkawi!!!

Ok.. seperti yang dijanjikan.. aku mengupdate blog ini..

ok.. Pada 17hb Julai aritu aku telah dihantar oleh fakulti untuk buat survey harga2 terkini segala benda yang berharga kat Langkawi tu untuk tujuan aktiviti fakulti yang akan diadakan di sana

So aku kt sana 2 hari 1 mlm je..
Antara aktiviti aku kt sana :

a) Survey hotel
b) Survey tempat lawatan
c) Survey pusat beli belah
d) Survey curut, club dan sewaktu dengannya.. (ini bahagian aku).. hahahah


Gambar2 langkawi ;






Ok... Mula2 dari kuala perlis.. x sabar la sangat kan... feri lewat pn bising.. las2 dia bagi aku mabuk dlm feri..





Ni burger aku lepak malam tu malantak kat pekan Kuah.. 1st time aku tgk 1 stall burger, 3 tukang buat.. mmg 3 minit siap!..

Tahniah la kat EE Burger kat depan Bangunan Pokok Asam Kuah.. Boleh g sana..





Ok ni hari balik..
Memandangkan ari datang aku mabuk2..
hari balik aku telan 3 biji panadol + ubat batok.. so dalam feri aku tdo jer.. hahahha
itu saja untuk kali ni..



BY
ADY F.S.

Sunday, July 26, 2009

Salam

Hi semua..

So far aku dah ada 4 drafts untuk latest blog aku..
nantikannya..
sekarang tgh kumpul2 gambar utk diletak dalam post tu..
tambah2 sekarang cuti plak kan..
bleh la aku update post blog.. hahaha
tunggu.


ADY F.S

Monday, July 13, 2009

Makna cinta sebenar especially dari seorang yang bernama Lelaki..

Email ini saya terima daripada : feezahnua_97@yahoo.com
Terima kasih buat penghantar email ini. Berikut adalah isi email yang memberi makna cinta kepada semua =)


Assalamu'alaikum,Kisah ini amat bermakna untuk dijadikan pedoman buat suami isteri. Bacalah dan hayatilah:
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian."Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut."Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya."Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.
"Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi."Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.""Puaskah Siti sayangku..?""Jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Friday, June 26, 2009

Makna mimpi aku..

Semalam aku cakap pasal mimpi kan..
Rupa-rupanya aku ingat aku kena pukau la.. Sebab malam aku mimpi itu jiran sebelah rumah aku (Nuriz Cosmetics punye rumah) dimasuki pencuri.. Patut la mimpi baek punya kan.. haha

Sebab apa aku kata kena pukau sebab :
1) Alarm rumah dia x pernah off tetiba malam kejadian tu dia rasa nak off.
2) Satu family aku tetido awal malam tu siap boleh layan tido terlampau nyenyak sampai semua bangun pagi lewat g sekolah n keje.
3) Tuan rumah tersebut masuk je rumah boleh tetdo kat sofa set dia dengan baju keje + handbag gantung kat siku lagi..

Xtau la nak kata apa kan.. macam2 la andaian mistik la keluar bila jadi camni.. kita kan orang melayu.. hahahaha

Anyway xda kemalangan yang berlaku sebab yang hilang cuma hp, laptop, kamera, duit skit dan Rambut Palsu!! Menurut polis pencuri ini merupakan seorang yang desperate dan dipercayai mencuri seorang diri dan cuma amik benda yang dia blh capai depan pintu je.. Dia x masuk dalam2 rumah takat ruang tamu je. N dia telah membantai rambut palsu aunty Nuriz tu dan keluar dari rumah sambil pakai kot rambut tu. So sabar n takziah la buat family jiranku. Semoga hal ini x berlaku lagi kat kawasan rumah kita..


ni rumah aku.. sebelah kiri rumah jiranku.


By,

xx ADY F.S. xx

Thursday, June 25, 2009

Mimpiku.. Apakah maknanya? =)~

24/6/09

Around 4-6 PM : aku bermimpi didatangi seorang wanita cantik dan kemudian dia memegang erat tanganku terus tarik aku keluar dari kereta. Dalam mimpi tu aku kenal sgt tempat tu.. haha.. kt gurney.. Dia tarik aku ikut dia jalan tepi pantai tu sambil berlari anak.. terus dia bawak aku g mkn kt kdai mamak. Muka dia aku x cam tapi putih sgt n cantik sgt.. Aku rasa mcm best je mimpi tu.. hahahah

Malam yang sama 3-4 a.m. : Aku bermimpi lagi wanita yang sama tapi kali ini aku kenal sgt muka dia.. Nasha Aziz!! (jgn gelak.. Aku pn x percaya.. Tapi jgn ingat aku x layak.. hahahah). Aku jalan2 dengan dia macam tadi jgk berpimpin tangan, yang best tu siap bawak dia keluar makan dengan family aku.. Aper citer tu.. Hahahahah... Kira mcm kapel la.. hahaha.. Bgn2 tdo je lagi skali rasa bahagia.. Apo citer tu? hahahaha..
Untuk pengetahuan mamu zaidi, aku dan dia dalam mimpi tu ada pi karaoke skali tempat kita p tu.. tapi hg xda la dlm mimpi aku tuu.. hahahahhaha... Jangan mara ha.. hahahah


Apa korang rasa makna mimpi aku tu??

(A) Mainan tidur

(B) Jodoh dah dekat (tapi aku nak kawin umur 30 k.. )

(C) Nasha Aziz bakal berkahwin x lama lagi

(D) Lu pikir la sendiri..!!~

Yang pasti aku nak tunggu mimpi aku malam ni.. huahahahahhaha!!! Salam

By,

ADY F.S.


Tuesday, June 23, 2009

10 days to go!! Woohooo!

GBS! ok geng.. lagi 10 hari menuju ke hari pendaftaran sem 6.. =)
kalau sebelum2 ni aku paling x senang duduk bila nak dekat hari pendaftaran ni.. x suker dok sana!! Tapi kali ini aku x sabar sgt2 nk masuk sem 6 ni blk.. =)
Maybe las sem kan..

So nex sem punyer plan.. :
1) Langkawi!! (Nawwar, Mamu Zaidi, Mid Tomyam, Fatin Nor'el Fazreen.. Please take note!!)
2) Party n party!! ( mamu , FXXa, UXXKX, NXXXA, please take note! )
3) Sony Ericsson G705
4) Money! Money!. (InsyaAllah)
5) Full white suit
6) Dinner!

Ini la yg buat aku xcited nex sem!. Nantikan..
Tapi yg sedey laptopku.. dari start cuti sampai abis x siap2 lagi..
jaga kedai tu esok aku g gegar!!
ok..
itu saja!

by

ADY F.S

Thursday, June 18, 2009

Hitz Party @ F.A.M.E Penang Pixca!














Boleh la.. pic yg dpt byk ni jer.. huhuhu..
Nex time ada lg.. hahaha
by
xxAdyFSxx


Sunday, June 14, 2009

Hitz Party Rock Penang F.A.M.E!!!

Woohooo!!!
Baru balik Hitz Party@ FAME..
G ngan Muadz n Zaidi!.. Sapa yang ada?? RuDY, Ean, Reshmonu, Jakeman, One Buck SHot!
So Far ok la there... =)
Check out for the pix Later!!~~~


By
ADY F.S

Monday, June 8, 2009

Okay.. for today...

dah 4 mlm aku abiskan duit kat CC..
Laptop aku ntah apa citer tah.. langsung kedai tu x call bgtau apa2.. tu susah hanta kedai melayu.. bila kita sokong dorang buat halai balai jer...
ok hari salah sorang kawan aku yg sekarang mungkin dah bukan kawan xnk bayar hutang aku..
aku x kesah kalau dia betul2 sengkek.. tapi ni hari2 topup rm10, rokok lagi, menghabiskan duit dgn awek dia yang tua 2 tahun dari dia tu.. ntah hapa2..
aku nasihat langsung xnak dengar.. bukan aku bagus sangat kan.. tapi kesilapan ko tu dah 5 6 orang nampak.. ko mengejar benda yang x pasti.. dah la tu menghabiskan duit plak tu.. tensen aku...
awal2 dah bgtau nk kawin lepas diploma.. ko ingat besar sangat ke diploma ko tu nak menanggung anak dara orang makan.. setakat gaji habis kt rokok baik x payah la...
makan ko tu pn kdg2 member yang bagi.. sedar la...
aku tau maybe kawan2 yang baca blog aku ni kenal sapa.. bukan apa.. dah memang semua perasan perangai dia camtu kan..
so.. aku dah 5 sem nasihat benda yang sama skrg aku giv up.. lantak ko la.. diploma ko tu dah nampak dah cmana...
so selamat jalan dan bawak la diri tu pandai2 kat dunia luar tu...
hidup jgn nak harap ketiak orang jer kan... bekawan dengan orang pemikiran kolot ko pn jadilah kolot kan..
penang bukit mari..


by

.ADY XIONG.

Thursday, June 4, 2009

Laptop rosak!!!!

Adoi..
Cuti panjang.. bil broadband jalan.. tapi laptop plak suwey....
Dah x pasal2 byar kt CC utk online...
Nak online slalu pn x bleh..
Maafkan aku Facebook, Myspace, YM, Skype...
Aku x dapat luangkan bersama anda semua seperti dulu..
waaaaaaaaaa


by
ADY F.S.

Thursday, May 28, 2009

Wohooo

Ada kat Nasi Kandar Makbul skrg.. (3.30am) tgk bola (Barc vs MU)..
Sambil tu layan wireless.. So far Barc 1 Mu 0...
Ramai giler + bisisng.. Skrg x amik pic lg.. nanti ada pic aku upload.. =)

Tuesday, May 26, 2009

Mengimbau kembali kenangan

Bila kat sekolah dulu selalu x sabar2 nak keluar sekolah..
Apa yang cikgu2, mak ayah dan mereka yg dah tua kata kalau boleh nak masuk skolah balik langsung kita x peduli.. Rasa macam pelik diorang ni nak masuk balik alam sekolah yang dirasakan boring ketika itu..
Tapi sekarang..
Bila dah keluar sekolah.. memang betul.. rasa nak masuk sekolah balik..
Aku rasa kat sekolah lagi bebas.. Tak banyak yang perlu difikirkan..
Duit hari2 pagi2 dah dapat...
Balik sekolah kat rumah dah ada makanan..
Pegi balik sekolah dihantar n diambil...
Memang best zaman sekolah.. Dengan kawan2 n cikgu2....
Tapi sekarang...
Bila dah keluar sekolah... Duit sebulan skali baru dapat..
nak pegi mana2 kena pegi sendiri tu pn tgk keadaan duit jgk..
Nak makan apa n kat mana kene fikir sendiri.. kena yang mahal n x sedap naseb la..
Xda kebebasan aku rasa.. tekanan banyak..
Kat sekolah apa sangat yang nak kene ingat?.. keja sekolah dengan exam jer... Kan?
So mcm orang2 lain cakap.. aku pn nak cakap.. aku nk kembali ke alam sekolah.. memang best...
Kepada anda yang masih bersekolah.. nikmati la zaman sekolah tu sepuas2nya.. korang akan rasa balik apa yg aku rasa.. betapa bestnya zaman sekolah..
Senarai sekolah yang x akan pernah aku lupakan dengan kenangan2 yang ada...

1. Tadika Fatima (KL) 1991-1993
2. Tadika Perkim (Penang) 1994
3. SRK Wellesley (Penang) 1995 - 1997
4. SK Sg. Ara (Penang) 1997 - 2000
5. SM Al-Islah (Kedah) 2001 - 2003
6. SMK Kuala Ketil (Kedah) 2003 - 2006

by
>>>ADY F.S.<<<

Wednesday, May 20, 2009

19h/b Activities..

Okay..
Hari ni mcm selalu.. boring.. =)
Pagi dengan Zaidi g Metro.. Baby Cikgu Azian (Cikgu Fav yg aku mention dlm post sebelum ni) masuk ward sebab demam...
Cute anak dier.. Nama baby tu Adreen Adini..
Tapi nyesal la lupa nk snap gamba dgn baby tu.. =).. (p/s :Napa x ingatkan aku zaidi)...
Tghari g Karaoke lg.. heheh.. Aktiviti harian tu..
Sedar x sedar karaoke ni mcm exercise.. berpeluh2..
Sambil karaoke pn bleh mendatangkan idea bernas..
Ada sumting yg aku ngan Zaidi nk buat nex week.. Nantikan post aku nex week.. =)
Mlm g survey brg kt tesco n survey tapak projek utk nex week.. =)
Nantikan.. =)



XXADY F.SXX

Monday, May 18, 2009

Bedtime story.. =)

18.5.08 (1.13am)

Boringnyeerrr...
Ngantuk tp xleh tdo.. badan x sedap macam nk demam..
Td keluar dengan Zaidi, G Tesco dia nk beli ayam..
G tesco ingat leh jumpa kawan arab tu.. Skali dia xde da.. Adoi...
Pastu g karaoke.. hahahah.. test power jer.. hahaha
pastu g Uptown.. tgk2 barang.. so kitaorg target nk bli ShiSha (Pak Arab Punya Curut) sebotol..
Pastu pekena teh halia ngan tosai.. Mlm ni paham2 la kalau ada bunyi bom kan.. hahhaha
Tu je la kot.. Sekadar memenuhkan blog ni..

Photobucket

Ni la zaidi..


by
ADY F.S.

Sunday, May 17, 2009

Happy Teacher's Day a.k.a Selamat Hari Guru!!

Selamat hari guru kepada semua guru-guru ku yg pernah mencurahkan ilmu kepadaku tanpa bosan dan jemu.. Jasamu akan dikenang buat selamanya..
Kenapa hari ni special?
bagi aku hari ni special sebab kita sambut setahun sekali.. so ada la jgk ruang untuk kita call dan sms cikgu kita tu.. Org kata ada sebab la kan.. kalau x mcm2 alasan keluar kalau bab nk contact cikgu2 lama... So amik peluang ni.. Ucap lah Selamat Hari Guru pada guru-guru kita sebab mereka adalah ibu bapa kedua kita..
Kat sini list guru yang melekat dalam ingatan aku sampai hari ini :

1: Pn. Moay (SRK WELLESLEY PENANG) - Darjah 1 -3 dan guru2 SRK WELLESLEY yang lain sorry x ingat..
2. Pn Zubaidah Ibrahim
3. Ustaz Zaki
4. Ustazah Noraini (SK SG. ARA, Penang) Darjah 4-6 dan guru SK SG.ARA yang lain..
5. Muallimah Hasliza ( Islah Educare, Penang) dan pendidik lain di Islah Educare..
6. Muallimah Nora
7. Muallimah Salmah
8. Muallimah Mahani
9. Ustaz Hisham
10. Ustaz Sobri
11. Ustaz Anas
12. Allahyarham Ustaz Aminuddin ( S.M AL-ISLAH Sg.Petani) dan yang lain..
12. Cikgu Nor Azian Abu Bakar (FAV TEACHER)
13. Cikgu Sofiah
14. Pn. Jasbir Kaur
15. Mr. Teoh Pai Teh ( Sir i'm looking 4 u!! Nak cakap i guna ur math technique sampai kat universiti!!)
16. Mr. Koay Ah Cuan
17. En. Bakhori
18. Allahyarham Ustaz Mahadhir
19. Cikgu Robeah
20. Allahyarhamah Ustazah...
21. Cikgu Khalidah Arshad ( Cikgu EST + Cikgu nyanyian... Xyah masuk AF oo!!)
22. Cikgu Nazri ( SMK KUALA KETIL )

dan kepada semua guru-guru ku dari Tadika Fatima (KL), Tadika Perkim (Penang), SRK Wellesley (Penang), SK Sungai Ara (Penang), Islah Educare (Penang), S.M Al-Islah (Kedah), SMK Kuala Ketil (Kedah) dan juga guru2 tuisyen aku ucapkan terima kasih atas segala jasa dan tunjuk ajar cikgu2 smua.. tanpa cikgu siapalah saya.. Selamat Hari Guru..

Bayangkan.. Yang aku list aje dah 22 orang.. tu yang ingat... campur yang x ingat tu dekat seratus kot... X campur lecturer2 aku kat *U* tu... Seramai ini mereka yang cuba membawa aku seorang ke jalan kejayaan dalam hidup.. Aku bersyukur.. xkan sia-siakan ilmu itu smua...

Bagi guru yg saya x ingat itu harap maaf.. saya x ingat sebab cikgu x pernah cubit/pukul saya.. heheheh.. Salam...

Selamat Hari Guru!

dari
ADY F.S.

Saturday, May 16, 2009

Time for blogging!

Okay.. Final sem 5 exam is finished..
so wat should i do?
i should think about my company's new product..
What for the launch..
but... i currently busy with my father's agro tourism project..
While my sis need me to be her boutique consultant.. haiyaa...
God.. y me? nothing special with me larr.. Yes.. i earn my 1st RM5k with my own business (Herbalife).. But at my age.. how fast i earn is how fast i spent.. harharhar..
So what should i do?
Product, Dad or sis?
What i'm thinking is to work with my Arab fren in Tesco.. He's selling perfumes.. =)
Should think.. which 1 is better...
Just be low profile...


Photobucket
Ni kawan2 ni...


Photobucket

By
ADY F.S.

Wednesday, March 4, 2009

The journey starts......

ok..
the purpose of creating this blog definetely to express myself..
pastu.. to tell what happen around me..
then.. to seperate my writing as this is my 3rd blog.. tak nak campur2 topik..
lagi.. sebarang komen just la komen...
sekarang aku x banyak idea lagi.. tunggu la..

XADYXiongX